Hati setiap manusia Dia beratkan ke kecenderungan berbeza.
Mereka yang kinestatik tak selesa duduk diam. Mereka perlu menari atau bersukan (saya pernah jumpa orang tap dancing semasa menunggu tren). Yang lain mungkin lebih muzikal, perlu selalu bermain instrumen, atau sekurang-kurangnya menyanyi di bilik mandi.
Hati saya berat kepada pembacaan dan penulisan.
Di platform tren, saya tak pernah rasa nak menari. Tapi kalau tertinggal buku, saya akan rasa satu kehilangan. Di bilik mandi, saya tak menyanyi, saya mengarang; minda saya berselerak dengan frasa dan perkataan.
Niat Menulis
Nama saya Irwan Hanish. Pada 1 Jun 2015, saya mulakan projek penulisan ini.
Bila saya tanya diri, ‘Kenapa kau buat semua ini, benda yang tak bantu kerjaya, yang habiskan banyak duit, masa dan tenaga?’
Jawapan hati saya begini:
Aku nak bantu pelajar mencari makna hidup melalui ilmu. Bayangkan suatu hari nanti, majoriti ummah akan bangun setiap pagi, solat dua rakaat, kemudian bersemangat untuk studi. Bukan cuma untuk peperiksaan atau kerja, tapi ikhlas untuk perkasakan diri.
Sebab hidup ini susah. Kalau kita tak studi dan dalami ilmu kehidupan, kita lebih kerap buat keputusan yang salah.
Betul, dari sudut fiqh, tak berdosa kalau buat salah sebab tak cukup ilmu.
Tapi realiti dunia takkan lepaskan kita dengan alasan itu.
Kalau kita rosakkan sesuatu dalam hidup kita (kerjaya, kesihatan, cinta, kewangan, atau keluarga), kesakitan dan kesan kerosakan itu tetap berlaku walaupun kita tak sengaja sebab tak cukup ilmu.
Saya sendiri masih lalui keperitan kesilapan lalu, terutamanya dalam aspek kehidupan yang saya tak studi masa umur awal 20an. Jadi saya perlu tolong pelajar jadi lebih berilmu dari saya, supaya mereka tak lalui keperitan yang sama.
Dan mencari makna dalam berilmu ini sebenarnya lebih besar dari isu peribadi kita.
Perjuangan ilmu sangat ditekankan oleh genius negara seperti Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof Osman Bakar; bukan ilmu yang kita hirup tanpa tapisan dari dunia sekular, tapi ilmu yang dikodkan wahyu sebagai DNA pemaknaannya.
Jadi, melalui projek penulisan ini, doa saya ialah untuk tertulis sesuatu yang menggerakkan pejuang ilmu untuk terfikir sesuatu yang baru. Atau sekurang-kurangnya, untuk tertulis sesuatu yang menjadi zikir, mengingatkan pembaca tentang ilmu yang mereka dah tahu.
Penghargaan pembaca
- btw dr, i found one blog … on internet and the author name was same like you. I got immersed with the writing and it was so good and inspiring. Is that really your blog dr?
- saya jumpa FB awak masa bc blog awak. such an inspiration
- kata2 Dr mmg mudah masuk ke dalam hati n smoga menjadi asbab untuk hidayah kita semua.
- Terima kasih Dr. Gaya penulisan Dr sgt saya kagumi.
- i’m a silent reader and always enjoy reading your posts and articles. Thank you for sharing your experience. Reminds me of how i had to work and study … and the struggles and adjustments i had to do.
- Irwan, do you know that your writing is superb? Has anyone ever mention it to you? Not just the language but also the content.
- your writings are clear, honest, kind and humble. You balanced up everything very well in every sentence. Takde prejudice. The writing itself reflects the real you in person.
- Honestly, this year has been a really tough year for me. I don’t know exactly how it came about but it took a toll on me mentally and emotionally I guess. When I stumbled upon your blog, you said there that you write to help someone, anyone, even if you don’t know about it. Well, your writing really helped me. I can’t really remember which one was it but it made me cry. A cry of relief probably but I felt better after that and it gave me hope that I could keep on continuing to work hard and improve myself so that I can also help others.
- There is no specific intention of me writing this down, so I guess it would just be the feelings I have when I read your articles… I have no doubt to say that you are one of my favorite lecturers, and this is not just how I think, my friend said and I quote: ‘Dr. Irwan is so charming’ (she meant how knowledgeable and professional you are). I personally felt so warm and inspired when you told us your life… I was so touched by how you confronted the pain and fear in your study and how you got the courage to handle all the obstacles in your life… you can also be interesting and funny, I read the ten things about you on the front page and it feels so warm how you love your life and are having fun with it… So that’s it, just what I had in mind at this moment and I hope it was not too boring or too long, I am so grateful to meet such a great lecturer… and I don’t think I will ever forget these.
Mengenai diri
Keluarga dan Pendidikan
Keluarga saya orang Johor, kampung di Kota Tinggi. Saya anak sulung dari lima beradik. Keluarga mertua orang Yaman, tinggal di London. Manfaat yang awak dapat dari penulisan saya adalah barakah ilmu dari guru-guru di:
- Tadika KEMAS, Kota Tinggi
- SK Laksamana, Kota Tinggi
- SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
- Sekolah Agama Kerajaan Johor
- SMAP Labu
- SMK Bandar, Kota Tinggi
- Kolej Matrikulasi Melaka
- Universiti Putra Malaysia
- The University of Newcastle
(Asalnya saya cuma senaraikan universiti. Tapi bila fikir semula, barakah ilmu kita mungkin hadir lebih awal. Kita tak perlu lupa jasa guru yang perkenalkan kita dengan ABC, yang perkenalkan kita dengan Alif Lam Lam Ha.)
Kerjaya dan Minat
Pada waktu siang, saya bertugas di Jabatan Mikrobiologi, UPM. Saya mengajar Imunologi, Mikrobiologi dan Falsafah Sains.
Pada waktu malam, saya membaca atau mendengar syarahan falsafah, kerohanian, dan kehidupan. Jadi kalau ilmuan macam Shaykh Hamza Yusuf, Yasmin Mogahed atau Nouman Ali Khan buat awak rasa, ‘Diorang okay, cuma aku berilmu dengan style berbeza‘, awak akan dapati saya seorang yang membosankan.
Tapi kalau awak selalu belajar dari mereka, sampai rasa sayang pada mereka, you are my soul brother or sister, walaupun kita tak pernah berjumpa.
Dan kalau awak orang yang macam itu, tegurlah saya di sini, untuk kita mulakan persahabatan ilmu.
📧 Letters for Learners
Enjoy bursts of insights on WhatsApp, Telegram or X platform.
Or better, subscribe to monthly emails, each with high-quality ideas on learning 📚 and life 🌱. When there are limited gifts 🎁, you’ll get them first.
It’s free.
If they don’t suit you, simply unsubscribe later.
English / Melayu