Bosan bukan sinonim malas. Kalau dah ada PhD pun, rasa bosan dalam belajar adalah cabaran yang kita lalui sebagai pejuang ilmu. Dari pengalaman sebagai pelajar dan pensyarah, ada beberapa pendekatan taktikal yang saya gunakan untuk melawan bosan: 1. Bosan sebagai fenomena moral yang neutral Pertama sekali, saya elak menghukum kebosanan dengan label moral. Bukan maksudnya […]
Sedih Sebab Dapat Straight A: Hubungan Ilmu dan Pelajar Dewasa
Semasa di program matrikulasi, emosi saya pernah runtuh, sampai menangis di bilik kaunselor — krisis emosi selepas dapat straight A. Krisis yang dicetus rasa penat. Di sekolah, saya lemah dalam sains. Markah saya selalu dalam 50% untuk Biologi, 30% untuk Kimia dan Fizik, dan sekitar 15% untuk Matematik Tambahan. Jadi, untuk dapat GPA 4.0 di […]
Bila Rasa Penat Belajar
Pernah sekali, masa penat belajar, saya lalui pengalaman yang buat saya senyum seorang diri. Saya sedang studi untuk mengajar tentang ekologi. Sesiapa yang berpengalaman membentangkan topik saintifik akan faham banyaknya persiapan yang diperlukan. Umumnya, untuk pembentangan berkualiti, setiap 1 jam pembentangan memerlukan 5-10 jam persiapan, bergantung pada kerumitan bahan yang dibentangkan. Pada suatu peringkat, emosi saya penat. Jadi […]
Bila Rasa Hipokrit Semasa Belajar
Dari pengalaman peribadi, menyedari tanda hipokrit dalam diri itu sangat memedihkan hati. Saya cakap saya nak studi, tapi saya akhirnya merayap di YouTube cari political comedy. Bila baca tentang saintis atau mutakallimun silam, tenaga saya dicas penuh oleh inspirasi, ingin meluaskan cahaya ilmu yang mereka mulakan. Tetapi seminit kemudian, datang urusan harian, tentang kerja, tentang […]