Dari pengalaman peribadi, menyedari tanda hipokrit dalam diri itu sangat memedihkan hati. Saya cakap saya nak studi, tapi saya akhirnya merayap di YouTube cari political comedy. Bila baca tentang saintis atau mutakallimun silam, tenaga saya dicas penuh oleh inspirasi, ingin meluaskan cahaya ilmu yang mereka mulakan. Tetapi seminit kemudian, datang urusan harian, tentang kerja, tentang […]
Nota Kecil Tentang Persediaan Kematian Kita
Kita biasanya tak selesa merenung tentang persediaan kematian kita sendiri. Hakikatnya, dalam senarai peristiwa yang mungkin kita lalui, kematian adalah yang paling pasti. Rakan sekerja saya meninggal akibat komplikasi strok. Pemergiannya sangat terkesan kepada kami yang mengenalinya, sebab ia berlaku terlalu tiba-tiba, terlalu tak disangka. Dia masih muda, sihat dan sangat aktif, jauh lebih aktif dari […]
“Sambung Belajar atau Kerja?”: Menentukan Pilihan Kerjaya
Seringkali bila berbual dengan pelajar universiti, saya sedari yang ramai masih tak pasti pilihan kerjaya mereka selepas graduasi nanti. Itu bukan sesuatu yang luar biasa. Pelajar diberi banyak beban studi. Bila sibuk dengan tugasan, susah untuk fikirkan masa depan, tak kiralah sepenting mana pun isu itu nanti. Sebenarnya, mustahil untuk pensyarah berkongsi nasihat yang tepat untuk semua […]
“Hati dalam Laptop”: Pedoman Menghargai Rezeki
Saya tergerak untuk menulis tentang menghargai rezeki bila laptop saya dan laptop isteri saya rosak. Menariknya, ia berlaku pada masa yang hampir serentak. Jadi kami berpeluang memerhati reaksi satu sama lain. Semasa berbual tentang reaksi kami, perbincangan kami terfokus pada kesan pegangan material terhadap ketenangan hati. Ikatan Emosi Terhadap Pegangan Material Dalam hidup, ada barang-barang […]
Keluarga dan Perkahwinan adalah Aset Ibadah
Dia tak mahu ada keluarga, “Aku akan menjauhi wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya.” Macam dua orang sahabatnya, pemuda dalam hadith tersebut tengah berkobar [1]. Mereka baru lepas dengar betapa hebatnya ibadah Baginda. Pemuda itu rasa, berkahwin dan berkeluarga akan menjejaskan ibadahnya. Dalam konteks zaman kita pun, alergi pada perkahwinan itu bukan asing. Ini dibayangkan oleh jumlah perkahwinan […]
Pengisytiharan Marrakesh: 7 Ikrar Terhadap Bukan Muslim
Bukanlah seseorang itu pengamal tasawwuf, sehinggalah dia menganggap semua manusia sebagai keluarganya sendiri. Abu Bakr al-Shibli Beratus-ratus ulama’ dari lebih 120 negara telah berkumpul di Maghribi untuk suatu pesidangan bersejarah. Dalam persidangan itu, Pengisytiharan Marrakesh diumumkan [1]. Pengisytiharan ini menyentuh hati Muslim, kerana ia adalah pembaharuan ikrar sebuah ummah; ikrar yang diinspirasikan dan meraikan ulangtahun ke-1400 […]