Esei Bahasa Melayu
Ini senarai esei Melayu saya. Click here for my English Essays.
Esei terbaru akan dijana ke baris teratas. Tapi saya selalu semak apa yang saya tulis, untuk perbaharui kandungannya dengan ilmu yang baru saya pelajari. Jadi jangan abaikan esei berada di bawah. Kandungannya mungkin lebih terkini.
Saya doakan awak akan jumpa apa yang awak perlu, lebih dari apa yang awak cari.
- Rahsia Melawan Bosan Semasa Belajar
Bosan bukan sinonim malas. Kalau dah ada PhD pun, rasa bosan dalam belajar adalah cabaran yang kita lalui sebagai pejuang ilmu.
- Melawan Sombong dalam Belajar
Al-Ghazali mengalami krisis yang dicetus rasa sombong. Sebagai guru di Nizamiyyah, dia tidak pernah kalah dalam berhujah. Karyanya merevolusikan kefahaman ummah, mengatasi gergasi intelek generasi sebelumnya.
- Ulasan Buku: The Study Quran
Prof Dr Seyyed Hossein Nasr awalnya menolak tawaran HarperOne untuk mengetuai projek The Study Quran.
- Sedih Sebab Dapat Straight A: Hubungan Ilmu dan Pelajar Dewasa
Semasa di program matrikulasi, emosi saya pernah runtuh, sampai menangis di bilik kaunselor — krisis emosi selepas dapat straight A.
- Bila Rasa Penat Belajar
Pernah sekali, masa penat belajar, saya lalui pengalaman yang buat saya senyum seorang diri.
- Bila Rasa Hipokrit Semasa Belajar
Dari pengalaman peribadi, menyedari tanda hipokrit dalam diri itu sangat memedihkan hati.
- Nota Kecil Tentang Persediaan Kematian Kita
Kita biasanya tak selesa merenung tentang persediaan kematian kita sendiri. Hakikatnya, dalam senarai peristiwa yang mungkin kita lalui, kematian adalah yang paling pasti.
- Cinta Semasa Belajar
Suatu hari, masa minum air coklat di depan perpustakaan, seorang pelajar datang duduk di sebelah saya. Pada satu peringkat, perbualan kami berkisar ke kedewasaan cinta.
- “Sambung Belajar atau Kerja?”: Menentukan Pilihan Kerjaya
Seringkali bila berbual dengan pelajar universiti, saya sedari yang ramai masih tak pasti pilihan kerjaya mereka selepas graduasi nanti.
- “Hati dalam Laptop”: Pedoman Menghargai Rezeki
Saya tergerak untuk menulis tentang menghargai rezeki bila laptop saya dan laptop isteri saya rosak.
- Keluarga dan Perkahwinan adalah Aset Ibadah
Dia tak mahu ada keluarga, “Aku akan menjauhi wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya.”
- Pengisytiharan Marrakesh: 7 Ikrar Terhadap Bukan Muslim
Bukanlah seseorang itu pengamal tasawwuf, sehinggalah dia menganggap semua manusia sebagai keluarganya sendiri.
- Kenapa Saya Menulis
Menulis pandangan peribadi sebenarnya menakutkan. Ia perasaan yang sama bila kita elak menjawab soalan di dewan kuliah atau memberi pendapat di depan orang ramai. Kita takut kelemahan diri disedari. Takut salah.
- Tentang Kerjaya, Keluarga dan Kebahagiaan
Bermula tahun 1938, saintis Harvard mengikuti 724 peserta untuk mengkaji tentang kebahagiaan.
- Baitulmaqdis: Menghidupkan Harapan Masa Depan
Bagi berjuta manusia dari pelbagai bangsa dan agama, yang memahami walaupun sedikit tentang penindasan Muslim dan Kristian Palestin, peristiwa ini meremukkan hati.